MINGGU 6: CIK HAJJAH HALIMAH (PEMBENTANGAN PROPOSAL)

1. Latiffi dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan komik/kartun dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek sejarah.

2. Hafiz Hassan dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan permainan mencari harta karun dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek kesusteraan BM. Menggunakan 4 check point iaitu:

1. Terjemahan puisi

2. Penciptaan puisi

3. Pelaksanaan puisi

4. Persembahan puisi· Penilaian berdasarkan jenis rubrik

3. Ella Syafinaz dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan penggunaan kata kunci dalam subjek biologi untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar melalui kaedah penciptaan lagu.

4. Junaidon dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menyangga bola tampar.

5. Faizal dan kawan-kawan

Meningkatkan penguasaan sebutan dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 2.

TUGASAN 2: ARTIKEL (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN)

Tuesday, June 9, 2009

MINGGU 5: CIK HAJJAH HALIMAH

Pada minggu ini Cik Hjh. Halimah melakukan beberapa aktiviti:

Aktiviti 1:

Pelajar di minta menjawab soalan-soalan berikut:
1. Biodata diri.
2. Kenapa ingin menjadi guru
3. Siapakah guru yang paling diminati dan kenapa?
4. Siapakah guru yang tidak disukai dan kenapa?
5. Apakah tugas seorang guru selain mengajar?

Aktiviti 2:

Pelajar diminta melukis gambaran sebatang pokok pada ruang kertas yang selebihnya ketika menjawab solan tadi. Keputusan sebenar beliau adalah untuk menjelaskan ciri-ciri personaliti yang terdapat pada anak muridnya. Moralnya ialah, seorang guru perlu mengenali semua pelajar-pelajarnya.

Aktiviti 3:

Pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelajar. Kemudian, pelajar diminta mencadangkan dan memberikan tajuk proposal kajian tindakan yang akan dilakukan. Tajuk yang kami pilih ialah 'Meningkatkan Tahap Penglibatan Pelajar Perempuan terhadap Aktiviti Badan Beruniform Kadet Polis'. Ahli kumpulan:

Anis Firdaus Abd. Majid (Ketua Kump.)
Robiah Mohamad
Siti Hajjar Hasnaa
Siti Nabilah Hassan
Lim Siew Yee

Tugasan:

Pelajar diminta menyiapkan proposal dan menghantar proposal Cik. Hjh. Halimah Harun pada 28 Mei 2009.


Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU


NAMA: Jean McNiff, Pamela Lomax and Jack Whitehead
TAHUN: 1996
TAJUK: You and Your Action Research Project Second Edition
NEGERI: London
PENERBIT: RoutledgerFalmer


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menjelaskan bahawa kajian tindakan ialah satu cara apabila seseorang penyelidik ingin mencari sesuatu yang pada asalnya kita tidak tahu apakah ia (masalah). Apa yang penting penyelidik perlu tahu aturan atau strategi yang perlu ada untuk melakukan kajian tindakan. Kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik akan memberi kesan kepada dirinya. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya.

Sebelum kajian tindakan dilakukan, penyelidik akan mendalami isu yang akan diselidiki dan menentukan apa dan kenapa matlamat itu perlu dicapai. Kebiasaannya kajian tindakan ini akan menimbulkan satu isu yang berbentuk persoalan dan penyelidik akan mencari jawapan terhadap persoalan tersebut.
Contohnya 'Bagaimana saya boleh meningkatkan prestasi kerja saya?'. Ini bermaksud, penyelidik menjadi peneraju utama dalam kajian tindakan serta memfokuskan kepada peningkatan diri sendiri.

Reka bentuk kajian tindakan merangkumi keseluruhan proses. Ia merupakan perancangan bagaimana kajian akan dilakukan dan berdasarkan kepada langkah-langkah tindakan. Pengumpulan data adalah termasuk di dalam reka bentuk kajian tindakan. Di mana semua kajian akan melibatkan pemerhatian dan penyimpanan rekod terhadap isu yang ingin diterokai. Data (bahan mentah) adalah proses pertama dalam proses kajian contohnya gambar-gambar dan kaset rakaman perbualan. Data ini perlu berkaitan untuk tujuan tercapainya matlamat dan objektif kajian.

Selain itu, kajian tindakan mengaitkan antara penemuan baru dengan penemuan lama supaya penambahbaikan boleh dilakukan. Hasil kajian yang diperoleh mesti dihebahkan kepada orang lain supaya boleh menjadi panduan kepada penyelidik lain pada masa akan datang. Penambahbaikan yang dilakukan setelah kajian selesai, kemungkinan tidak sesuai pada masa akan datang. Oleh itu, hasil kajian yang telah dilakukan boleh dirujuk penyelidik lain jika kajian tindakan yang sama tetapi berbeza dari aspek lain dilaksanakan.


MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?


Menurut Jean MCNiff dan rakan-rakan guru melakukan kajian tindakan adalah untuk menolong pelajar ke arah kebaikan. Ia perlu mengikut prinsip-prinsip berikut:

  • Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.
  • Mengetahui masalah dan kelemahan diri dan perlu berubah.
  • Cara kerja guru dapat mempengaruhi orang lain.
  • Tindakan yang dilakukan mendapat persetujuan pihak yang terlibat.
  • Tindakan yang dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Guru perlu melakukan kajian tindakan kerana boleh melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut. Terutama sekali jika kelemahan guru itu mempengaruhi pelajar. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa menggunakan teknik pengajaran yang sama menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberi perhatian. Tindakan yang perlu diambil oleh guru tersebut ialah mempelbagaikan teknik mengajar ketika berada di dalam kelas.

Secara tidak langsung kajian tindakan ini meningkatkan daya kerja seseorang guru dan meningkatkan pencapaian pelajar.

SAMBUNGAN TUGASAN 1: ULASAN BUKU



REKA BENTUK KAJIAN

i – Model

Sebagaimana gambar rajah di atas.

ii – Sampel

Sampel kajian ialah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

iii – Seting Kajian

Tempat kajian di sekolah rendah atau menengah di sekitar London. Namun, buku beliau boleh menjadi panduan dalam menjalankan kajian tindakan .

SAMBUNGAN TUGASAN 1: ULASAN BUKU

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

1– Penumpuan kepada kemajuan pendidikan

Pendidikan bukan sahaja bermaksud pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi juga melibatkan interaksi antara manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Matlamat utama dalam pendidikan ialah untuk pembangunan dari aspek, fizikal, mental dan pertumbuhan spiritual.

Matlamat kajian tindakan menurut Jean McNiff dan kawan-kawannya adalah lebih menumpukan kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan. Buktinya boleh dilihat para penyelidik suka menggunakan soalan ‘Bagaimana saya boleh mempertingkatkan apa yang saya lakukan?’ dan ‘Bagaimana saya boleh membantu awak untuk belajar?’.

Kajian tindakan adalah intervensi secara praktikal bagi mendorong individu melakukan penambahbaikan untuk diri sendiri dan orang lain.

2 – Persoalan yang menarik

Jean McNiff menyatakan penyelidik perlu menimbulkan persoalan yang menarik sebagai permulaannya; ‘Bagaimana saya boleh….’ Dan disambung dengan persoalan yang berkaitan dengan pendidikan.


3- Meletakkan ‘saya’ sebagai pusat kepada kajian

Kajian tindakan menggunakan perkataan ‘saya atau kami….’
Sebagaimana konsep kajian tindakan yang menyatakan bahawa diri sendiri merupakan penyelidik dan bukannya orang lain. Maksudnya dalam konteks pendidikan guru merupakan pusat kepada kajian yang dilakukan. Proses kajian dari awal hingga tamat ditentukan oleh guru itu sendiri. Guru mengawal semua elemen dalam melaksanakan kajian tindakan dengan berpegang kepada:
  • Saya adalah subjek dan objek kepada kajian.
  • Saya bertanggungjawab terhadap kajian yang saya lakukan.
  • Saya sendiri yang akan membuat penilaian terhadap kajian saya.
  • Saya penulis kepada kajian saya.
  • Saya mendorong orang lain untuk melibatkan diri dalam kajian tindakan.
  • Saya menghormati pendapat orang lain.
  • Saya bersifat rendah diri supaya kajian berjalan dengan lancar.
  • Saya membenarkan perdebatan.
  • Saya akan menerima jika saya melakukan kesilapan dan akan membetulkan ubah idea saya.
  • Saya menerima tanggungjawab untuk menyiasat bagaimana saya boleh meningkatkan kerja saya.
  • Kami menekankan sikap kerja secara kolaboratif dalam membudayakan penyelidikan.
  • Kami berkongsi ilmu dan menyebarkan idea kami.
  • Matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada perkembangan sosial dalam pendidikan.

4- Tindakan ialah memberitahu dan komited

kajian tindakan melibatkan tindakan memberitahu dan komited. Apa yang dimaksudkan di sini ‘tindakan’ dalam kajian tindakan sentiasa memberitahu atau menyebarkan maklumat. Oleh sebab itu, guru mesti bersedia dengan segala kritikan orang lain kerana tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan guru walaupun untuk penambahbaikan.

Guru juga mesti komited terhadap keputusan yang dilakukan. Tindakan itu perlu berdasarkan daripada kekuatan dan keyakinan personal. Guru tidak boleh bersikap mementingkan diri serta memanipulasikan orang lain. Tindakan yang dilaksanakan adalah ikhlas dan terbuka untuk kepentingan bersama.

5- Memantau kesahan data

Pengumpulan data yang sistematik sangat penting dalam pelbagai aspek ketika proses kajian. Pemantauan yang sistematik akan membantu guru melahirkan sifat eksplisit. Data yang dikumpul bukan diambil secara rawak tetapi ia berdasarkan pelan yang telah dibuat.


6- Penerangan yang boleh dipercayai

Keterangan fakta

Keterangan fakta selalunya adalah berdasarkan kepada transkrip hasil dari perbincangan, atau rumusan data dari soal selidik dan temu ramah. Rumusan statistik berbentuk kuantitatif (nombor) dan berdasarkan peristiwa seperti perkongsian idea ketika perbincangan, atau pendapat individu.

Pendekatan multimedia

Penggunaan video dan audio perakam adalah penting dalam proses pengumpulan fakta. Perkembangan teknologi dalam pendidikan telah membantu guru melancarkan lagi proses kajian tindakan. Selain itu, maklumat juga boleh didapati dari internet contohnya laman web
http://www.actionresearch.net.

7- Menjelaskan Tindakan

Guru mesti menjelaskan tindakan dengan memberi analisis yang telah dilakukan. Ia melibatkan guru:

Mengenal pasti maksud, perkaitan dengan gerak kerja lain dan membina model – jika kajian yang dilakukan mempunyai hipotesis, guru perlu menguji hipotesis tersebut dan menggunakan teori orang lain dan juga model sebagai panduan ketika melakukan kajian. Guru juga perlu melakukan kajian kepustakaan dan mencari perkaitannya dengan teori yang dibina.

Mengenal pasti masalah – Pastikan apa yang mahu dikaji tidak akan menimbulkan bias kepada mana-mana pihak.

Membina teori – Teori yang dibina tidak berbentuk statik tetapi sentiasa boleh digunakan pada masa akan datang.

8- Kesahan tuntutan kajian tindakan

Kesahan ini melibatkan pembinaan tuntutan, meneliti secara kritikal terhadap keterangan tuntutan dan penglibatan pelbagai pihak dalam proses kesahan.

9- Menyebarkan hasil kajian tindakan

Guru boleh menyebarkan hasil kajian dalam bentuk jurnal atau menyebarkan kertas dan sebagainya. Ini membolehkan orang awam berkongsi idea dan bersama-sama melakukan penambahbaikan terhadap persekitaran.


PENGUMPULAN DATA

Instrumen Kajian


Teknik Pengumpulan Data

1- Pemerhatian

Matlamat kajian tindakan ialah guru melihat atau memerhatikan diri sendiri sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean Caniff guru boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat pemerhatian ke atas guru.

2- Soal Selidik

Satu pernyataan yang menarik ditekankan oleh Jean Caniff berkenaan dengan teknik pengumpulan data melalui soal selidik. Menurut beliau, kadang-kala kaedah soal selidik ini boleh menimbulkan ketidakpercayaan terhadap data yang didapati. Ini disebabkan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar akan dijawab oleh ibu bapa bukannya pelajar tersebut. Oleh itu, respons dari soal selidik itu mengelirukan. Ini akan menyebabkan kesahan data terjejas.

Kenyataan beliau ada betulnya. Tambahan pula, jika soal selidik yang dibina terlalu banyak sehingga pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:

  • Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari.
  • Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa.
  • Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti.
  • Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif.
  • Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik.

3- Temu ramah

Kaedah temu ramah merupakan kesinambungan bagi soal selidik bagi data yang lebih memerlukan jawapan yang cepat. Temu ramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan perakam video, perakam audio, mencatat secara tulisan, menggunakan ‘notebook’ dan orang yang ditemu ramah perlu tahu apakah matlamat guru melakukan temu ramah tersebut.

Selain itu guru juga perlu jelas dengan etika temu ramah dan sentiasa peka dengan perkataan yang dituturkan oleh responden. Ini adalah tujuan untuk menjaga kesahan data. Aktif mendengar menjadi perkara utama dalam teknik temu ramah ini dan guru mesti ada sifat empati.

4- Teknik Fotografi, Perakam audio, video dan media

Perkembangan teknologi dalam pendidikan menjadikan ia satu medium baru dalam menjalankan kajian. Apa yang penting di sini, guru perlu mendapat persetujuan daripada responden atau pihak lain yang terlibat sebelum mengambil data menggunakan audio-visual. Menurut penulis, persetujuan ini lebih baik jika melalui surat menunjukkan bukti kajian boleh dijalankan.


Teknik Analisis Data

Penganalisisan data dilakukan berdasarkan item-item yang dibina daripada soal selidik dalam bentuk jadual. Analisis data dalam kajian tindakan juga adalah berbentuk kuantitatif. Contohnya teknik statistik deskriptif boleh dilihat dalam kajian tindakan iaitu menfokuskan kepada fenomena kontemporari dan belum diselidiki atau kemungkinan sudah diselidiki tetapi ditumpukan kepada aspek lain (Ahmad Sunawari Long 2006: 24). Teknik deskriptif digunakan bertujuan untuk menghuraikan dapatan kajian daripada soal selidik yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan, peratusan (%) dan mod (skor yang kerap berlaku atau terbanyak).

Selain itu, membina gambarajah berbentuk grafik yang menunjukkan komunikasi yang dinamik tentang apa yang berlaku. Contohnya seperti gambarajah Analisis Sosiometrik di bawah (rujuk post seterusnya).


ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHICS)


Penyelidik perlu berpegang kepada etika atau prinsip kajian tindakan. Buku ini menggariskan beberapa etika dalam melaksanakan kajian tindakan. Antaranya ialah:

1- Membuat Dokumentasi

Dokumentasi di sini bermaksud penyelidik perlu menyediakan perkara-perkara yang perlu ada ketika proses kajian dilakukan termasuklah penyataan etika dan surat-surat kebenaran melakukan kajian. Jika penyelidik menulis tentang penerangan projek yang dilakukan, perlu memastikan nama responden atau organisasi yang terlibat disembunyikan. Etika ini bersamaan dengan kajian lain yang menjaga nama baik responden.

i. Penyataan Etika (An Ethics Statement)

Pernyataan personal yang disediakan oleh penyelidik itu sendiri tentang bagaimana memimpin atau melakukan kajian dan patut menyebut 'point' yang digariskan. Menurut buku ini, penyelidik perlu membuat salinan tentang 'statement' sebelum memulakan kajian. Salinan itu adalah untuk mereka yang terlibat contohnya kajian tindakan kolaboratif. 'Statement' ini perlu mempunyai tandatangan penyelidik dan mereka yang terlibat.

ii. Surat-surat Kebenaran

Selain itu, penyelidik juga perlu menulis surat kepada semua yang terlibat dalam penyelidikan. Surat itu mesti diserahkan kepada responden dan menyatakan bahawa mereka akan terlibat dalam kajian tindakan. Penyelidik perlu memastikan juga responden bersetuju untuk terlibat dengan kajian tindakan yang akan dilakukan. Etika ini juga selaras dengan etika kajian lapangan yang biasa dilakukan oleh penyelidik.

2- Berunding Dengan Orang yang Berkenaan

i. Berunding dengan Pihak Atasan

Jika kajian yang dilakukan berada di bawah sesuatu jabatan atau syarikat, penyelidik perlu meminta kebenaran dari pengurus atau pengetua jika kajian dilakukan di sekolah. Ketika ini, penyelidik akan mengetahui tentang batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam proses penyelidikan. Persetujuan antara pihak atasan perlu ada senarai hitam putih (surat persetujuan) agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. Penyelidik juga harus jujur dengan kajian yang akan dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan. Jika kajian tindakan yang dilakukan akan mengubah situasi dalam pengurusan pihak atasan, penyelidik perlu memberitahu pengurus atau pengetua dan perlu mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu.


ii. Berunding dengan Peserta yang Terlibat

Penyelidik perlu juga meminta kebenaran peserta yang akan terlibat dalam kajian tindakan dan memaklumkan tentang kajian yang akan dilakukan. Penyelidik juga boleh menjemput mereka membuat kajian dan menjelaskan bahawa mereka terlibat secara kerjasama untuk tujuan penambahbaikan. Penyelidik perlu memastikan peserta yang terlibat berada dalam keadaan yang selesa supaya melancarkan proses kajian.

iii. Berunding dengan keluarga dan penjaga

Pastikan mendapat persetujuan daripada keluarga kanak-kanak yang terlibat dalam kajian.

3. Perjanjian yang Meyakinkan

  • Keyakinan dari aspek maklumat
  • Keyakinan dari aspek identiti
  • Keyakinan dari aspek pengumpulan data



KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (RELIABILITY DAN VALIDITY)

Jean McNiff dan rakan-rakannya menekankan tiga aspek penting dalam mewujudkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam kajian tindakan:

Mencari maklumat yang bermakna

Guru mencari maklumat yang mempunyai kaitan dengan kajian yang hendak dilakukan. Jika penyelidik bekerjasama dengan orang lain boleh meningkatkan kefahaman terhadap apa yang akan dilakukan. Ini kerana, maklumat yang didapati akan dibincangkan bersama. Keadaan ini disebut sebagai kolaboratif. Hasil daripada penelitian terhadap pandangan orang lain, penyelidik akan membina maknanya sendiri.

Selain itu, guru juga menjadikan pengetahuan tacit kepada eksplisit. Menurut penulis kebanyakan guru mempunyai pengetahuan tacit (yang sedia ada bukan secara bertulis). Contohnya seorang guru mendapati satu situasi yang tidak menyenangkan telah berlaku. Oleh itu, guru membuat keputusan untuk bertindak memperbaiki keadaan itu ke arah yang lebih baik. Kemudian, guru mula menggerakkan pengetahuan tacit kepada pengetahuan eksplisit. Guru juga melakukan penilaian formatif dan sumatif.

Peringkat Kesahan

1- Kesahan sendiri
2- Kesahan rakan sebaya
3- Kesahan berperingkat
4- Kesahan Klien
5- Kesahan Akademik


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Sebagai rumusan yang dapat disimpulkan di sini, kajian tindakan dalam pendidikan menjadikan guru sebagai pokok utama. Guru mejadikan pelajar sebagai sasaran untuk memberi perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik untuk mereka. Kajian ini mesti mengikut prosuder-prosuder yang telah ditetapkan untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan terutama ketika pengumpulan data. Hasil daripada kajian juga disebarkan kepada umum dan guru berusaha melakukan penambahbaikan serta perubahan ke arah yang lebih positif.

Tuesday, May 12, 2009

MINGGU 4: LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN BERBEZA DENGAN KAJIAN EKSPRIMENTAL

  • Kajian tindakan dilakukan oleh individu atau penyelidik itu sendiri, manakala kajian eksprimental dilakukan oleh oleh orang lain.
  • Kajian eksprimental jika dilakukan sendiri akan menimbulkan bias. Penyelidik perlu meminta orang lain yang melakukan penyelidikan dan kajian ini adalah lebih berbentuk kuantitatif.
  • Kedua-dua kajian ini menggunakan metodologi yang sama tetapi kajian eksperimental tidak mempunyai penambahbaikan.
  • Kajian tindakan sebenarnya tidak mempunyai hipotesis berbanding dengan kajian eksprimental.

Maklumat tambahan kajian eksperimental boleh melayari:

http://www.okstate.edu/ag/agedcm4h/academic/aged5980a/5980/newpage2.htm


KAJIAN KEPUSTAKAAN

  • Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.

MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN
  • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria sepeti cirri, sifat, kualiti dan unsure sesuatu objek atau peristiwa.
  • Kemahiran ini dgunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan mempunyai pilihan/ keputusan.
  • Langkah penggunaan:
  1. Perhatikan dan dan beri tumpuan kepada satau atau beberapa cirri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data).
  2. Kenalpasti ciri kajian tindakan.

MENGANALISIS

  • Mengolah maklumat dan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep dan peristiwa serta mencari makna tersirat.
  • Kemahiran digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungan kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
  • Menganalisis sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

  • Membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  • Kenalpasti ini digunakan untukmembuat keputusan bagi:
  • Memilih sesuatu
  • Menerima sesuatu idea

MEMBUAT KESIMPULAN

  • Membuat penyelesaian tentang hasil sesuatu kajian berdasarkankepada sesuatu hipotesis atau memperkukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • Kenalpasti untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong penyelesaian.

MENSINTESIS

  • Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Saturday, May 9, 2009

MINGGU 3: NOTA DR. IZHAM

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

  • Pendidikan ialah faktor utama membentuk manusia mengahadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan dalam pedidikan tidak dapat dielakkan
  • Perubahan yang berlaku kadangkala menunjukkan ketidakpastian.
  • Pendidikan ini perlu dinamik bukan static.
JENIS PERUBAHAN


-Mengikut Oliver (1995) ada empat jenis perubahan:

Pertama: Perubahan ke Arah Peningkatan

-Memberikan komponen tertentu:

  1. Berlakunya perubahan dalam sturuktur organisasi.
  2. Memperkenalkan teknologi baru.
  3. Mengadakan program pembangunan staf untuk peningkatan.

Kedua: Perubahan Strategik Organisasi

-Melibatkan keseluruhan organisasi:

  1. Mendefinisikan semula peranan organisasi.
  2. Perubahan semula misi.
  3. Perubahan sturuktur dan strategi organisasi
  4. Mendefinisi semula staf dari segi tugas dan peranan.


Ketiga: Perubahan Reaktif


-Berlaku akkibat tindak balas langsung dari pelanggan dan pihak berkepentingan.

  1. Kepekaan pelanggan dan stafholding terhadap isu-isu persekitaran dan etika.
  2. Perubahan dari segi prosuder dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.


Keempat: Perubahan akibat daripada Jangkaan

-Perubahan dilakukan kerana adanya kesedarandalam kalangan pengurusan yang perlu dialakukan perubahan untuk memastikan organisasi memperoleh kebaikan.:

  1. Persiapan terhadap pesaing baru yang akan muncul.
  2. Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.
  3. Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
  4. Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
  5. Perubahan dalam trend tenaga kerja.


PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

1-Evolusi

  • Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan
    yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh
    yang panjang
  • Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

2-Revolusi

  • Perubahan yang pantas.
  • Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI


-Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :


1.Tujuan Perubahan

  • Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan
    tertentu.
  • Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan
    penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau
    sistem

Perubahan adalah Kompleks

  1. Evolusi: Perubahan menghasilakn kesan yang sedikit dalam tempoh panjang.
  2. Revolusi: Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang menbinasakan.

Perubahan itu Multidimensi

  1. Tinjauan perubahan: Prubahan dirancang untuk mencapai tujuan tertentu, perubahan untuk mengadakan penambahbaikan dan melibatkan dua jenis pindaan (untuk kembali kepada keadaan asal dan untuk mempertingkatkan pencapaian).
  2. Unit perubahan: Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.
  3. Sifat perubahan: Menghasilkan unit yang lebih besar (organisasi) dan kecil (individu), mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.
  4. Magnitud perubahan: Merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan.
  5. Skop perubahan: Sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
  6. Jangkamasa Perubahan: Memberi kesan berkekalan (berjaya).

Terdapat 4 jenis model-model perubahan iaitu:

  1. Model Penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

Sunday, May 3, 2009