MINGGU 6: CIK HAJJAH HALIMAH (PEMBENTANGAN PROPOSAL)

1. Latiffi dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan komik/kartun dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek sejarah.

2. Hafiz Hassan dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan permainan mencari harta karun dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek kesusteraan BM. Menggunakan 4 check point iaitu:

1. Terjemahan puisi

2. Penciptaan puisi

3. Pelaksanaan puisi

4. Persembahan puisi· Penilaian berdasarkan jenis rubrik

3. Ella Syafinaz dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan penggunaan kata kunci dalam subjek biologi untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar melalui kaedah penciptaan lagu.

4. Junaidon dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menyangga bola tampar.

5. Faizal dan kawan-kawan

Meningkatkan penguasaan sebutan dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 2.

TUGASAN 2: ARTIKEL (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN)

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU


NAMA: Jean McNiff, Pamela Lomax and Jack Whitehead
TAHUN: 1996
TAJUK: You and Your Action Research Project Second Edition
NEGERI: London
PENERBIT: RoutledgerFalmer


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menjelaskan bahawa kajian tindakan ialah satu cara apabila seseorang penyelidik ingin mencari sesuatu yang pada asalnya kita tidak tahu apakah ia (masalah). Apa yang penting penyelidik perlu tahu aturan atau strategi yang perlu ada untuk melakukan kajian tindakan. Kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik akan memberi kesan kepada dirinya. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya.

Sebelum kajian tindakan dilakukan, penyelidik akan mendalami isu yang akan diselidiki dan menentukan apa dan kenapa matlamat itu perlu dicapai. Kebiasaannya kajian tindakan ini akan menimbulkan satu isu yang berbentuk persoalan dan penyelidik akan mencari jawapan terhadap persoalan tersebut.
Contohnya 'Bagaimana saya boleh meningkatkan prestasi kerja saya?'. Ini bermaksud, penyelidik menjadi peneraju utama dalam kajian tindakan serta memfokuskan kepada peningkatan diri sendiri.

Reka bentuk kajian tindakan merangkumi keseluruhan proses. Ia merupakan perancangan bagaimana kajian akan dilakukan dan berdasarkan kepada langkah-langkah tindakan. Pengumpulan data adalah termasuk di dalam reka bentuk kajian tindakan. Di mana semua kajian akan melibatkan pemerhatian dan penyimpanan rekod terhadap isu yang ingin diterokai. Data (bahan mentah) adalah proses pertama dalam proses kajian contohnya gambar-gambar dan kaset rakaman perbualan. Data ini perlu berkaitan untuk tujuan tercapainya matlamat dan objektif kajian.

Selain itu, kajian tindakan mengaitkan antara penemuan baru dengan penemuan lama supaya penambahbaikan boleh dilakukan. Hasil kajian yang diperoleh mesti dihebahkan kepada orang lain supaya boleh menjadi panduan kepada penyelidik lain pada masa akan datang. Penambahbaikan yang dilakukan setelah kajian selesai, kemungkinan tidak sesuai pada masa akan datang. Oleh itu, hasil kajian yang telah dilakukan boleh dirujuk penyelidik lain jika kajian tindakan yang sama tetapi berbeza dari aspek lain dilaksanakan.


MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?


Menurut Jean MCNiff dan rakan-rakan guru melakukan kajian tindakan adalah untuk menolong pelajar ke arah kebaikan. Ia perlu mengikut prinsip-prinsip berikut:

  • Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.
  • Mengetahui masalah dan kelemahan diri dan perlu berubah.
  • Cara kerja guru dapat mempengaruhi orang lain.
  • Tindakan yang dilakukan mendapat persetujuan pihak yang terlibat.
  • Tindakan yang dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Guru perlu melakukan kajian tindakan kerana boleh melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut. Terutama sekali jika kelemahan guru itu mempengaruhi pelajar. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa menggunakan teknik pengajaran yang sama menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberi perhatian. Tindakan yang perlu diambil oleh guru tersebut ialah mempelbagaikan teknik mengajar ketika berada di dalam kelas.

Secara tidak langsung kajian tindakan ini meningkatkan daya kerja seseorang guru dan meningkatkan pencapaian pelajar.

SAMBUNGAN TUGASAN 1: ULASAN BUKU



REKA BENTUK KAJIAN

i – Model

Sebagaimana gambar rajah di atas.

ii – Sampel

Sampel kajian ialah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

iii – Seting Kajian

Tempat kajian di sekolah rendah atau menengah di sekitar London. Namun, buku beliau boleh menjadi panduan dalam menjalankan kajian tindakan .

SAMBUNGAN TUGASAN 1: ULASAN BUKU

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

1– Penumpuan kepada kemajuan pendidikan

Pendidikan bukan sahaja bermaksud pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi juga melibatkan interaksi antara manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Matlamat utama dalam pendidikan ialah untuk pembangunan dari aspek, fizikal, mental dan pertumbuhan spiritual.

Matlamat kajian tindakan menurut Jean McNiff dan kawan-kawannya adalah lebih menumpukan kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan. Buktinya boleh dilihat para penyelidik suka menggunakan soalan ‘Bagaimana saya boleh mempertingkatkan apa yang saya lakukan?’ dan ‘Bagaimana saya boleh membantu awak untuk belajar?’.

Kajian tindakan adalah intervensi secara praktikal bagi mendorong individu melakukan penambahbaikan untuk diri sendiri dan orang lain.

2 – Persoalan yang menarik

Jean McNiff menyatakan penyelidik perlu menimbulkan persoalan yang menarik sebagai permulaannya; ‘Bagaimana saya boleh….’ Dan disambung dengan persoalan yang berkaitan dengan pendidikan.


3- Meletakkan ‘saya’ sebagai pusat kepada kajian

Kajian tindakan menggunakan perkataan ‘saya atau kami….’
Sebagaimana konsep kajian tindakan yang menyatakan bahawa diri sendiri merupakan penyelidik dan bukannya orang lain. Maksudnya dalam konteks pendidikan guru merupakan pusat kepada kajian yang dilakukan. Proses kajian dari awal hingga tamat ditentukan oleh guru itu sendiri. Guru mengawal semua elemen dalam melaksanakan kajian tindakan dengan berpegang kepada:
  • Saya adalah subjek dan objek kepada kajian.
  • Saya bertanggungjawab terhadap kajian yang saya lakukan.
  • Saya sendiri yang akan membuat penilaian terhadap kajian saya.
  • Saya penulis kepada kajian saya.
  • Saya mendorong orang lain untuk melibatkan diri dalam kajian tindakan.
  • Saya menghormati pendapat orang lain.
  • Saya bersifat rendah diri supaya kajian berjalan dengan lancar.
  • Saya membenarkan perdebatan.
  • Saya akan menerima jika saya melakukan kesilapan dan akan membetulkan ubah idea saya.
  • Saya menerima tanggungjawab untuk menyiasat bagaimana saya boleh meningkatkan kerja saya.
  • Kami menekankan sikap kerja secara kolaboratif dalam membudayakan penyelidikan.
  • Kami berkongsi ilmu dan menyebarkan idea kami.
  • Matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada perkembangan sosial dalam pendidikan.

4- Tindakan ialah memberitahu dan komited

kajian tindakan melibatkan tindakan memberitahu dan komited. Apa yang dimaksudkan di sini ‘tindakan’ dalam kajian tindakan sentiasa memberitahu atau menyebarkan maklumat. Oleh sebab itu, guru mesti bersedia dengan segala kritikan orang lain kerana tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan guru walaupun untuk penambahbaikan.

Guru juga mesti komited terhadap keputusan yang dilakukan. Tindakan itu perlu berdasarkan daripada kekuatan dan keyakinan personal. Guru tidak boleh bersikap mementingkan diri serta memanipulasikan orang lain. Tindakan yang dilaksanakan adalah ikhlas dan terbuka untuk kepentingan bersama.

5- Memantau kesahan data

Pengumpulan data yang sistematik sangat penting dalam pelbagai aspek ketika proses kajian. Pemantauan yang sistematik akan membantu guru melahirkan sifat eksplisit. Data yang dikumpul bukan diambil secara rawak tetapi ia berdasarkan pelan yang telah dibuat.


6- Penerangan yang boleh dipercayai

Keterangan fakta

Keterangan fakta selalunya adalah berdasarkan kepada transkrip hasil dari perbincangan, atau rumusan data dari soal selidik dan temu ramah. Rumusan statistik berbentuk kuantitatif (nombor) dan berdasarkan peristiwa seperti perkongsian idea ketika perbincangan, atau pendapat individu.

Pendekatan multimedia

Penggunaan video dan audio perakam adalah penting dalam proses pengumpulan fakta. Perkembangan teknologi dalam pendidikan telah membantu guru melancarkan lagi proses kajian tindakan. Selain itu, maklumat juga boleh didapati dari internet contohnya laman web
http://www.actionresearch.net.

7- Menjelaskan Tindakan

Guru mesti menjelaskan tindakan dengan memberi analisis yang telah dilakukan. Ia melibatkan guru:

Mengenal pasti maksud, perkaitan dengan gerak kerja lain dan membina model – jika kajian yang dilakukan mempunyai hipotesis, guru perlu menguji hipotesis tersebut dan menggunakan teori orang lain dan juga model sebagai panduan ketika melakukan kajian. Guru juga perlu melakukan kajian kepustakaan dan mencari perkaitannya dengan teori yang dibina.

Mengenal pasti masalah – Pastikan apa yang mahu dikaji tidak akan menimbulkan bias kepada mana-mana pihak.

Membina teori – Teori yang dibina tidak berbentuk statik tetapi sentiasa boleh digunakan pada masa akan datang.

8- Kesahan tuntutan kajian tindakan

Kesahan ini melibatkan pembinaan tuntutan, meneliti secara kritikal terhadap keterangan tuntutan dan penglibatan pelbagai pihak dalam proses kesahan.

9- Menyebarkan hasil kajian tindakan

Guru boleh menyebarkan hasil kajian dalam bentuk jurnal atau menyebarkan kertas dan sebagainya. Ini membolehkan orang awam berkongsi idea dan bersama-sama melakukan penambahbaikan terhadap persekitaran.


PENGUMPULAN DATA

Instrumen Kajian


Teknik Pengumpulan Data

1- Pemerhatian

Matlamat kajian tindakan ialah guru melihat atau memerhatikan diri sendiri sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean Caniff guru boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat pemerhatian ke atas guru.

2- Soal Selidik

Satu pernyataan yang menarik ditekankan oleh Jean Caniff berkenaan dengan teknik pengumpulan data melalui soal selidik. Menurut beliau, kadang-kala kaedah soal selidik ini boleh menimbulkan ketidakpercayaan terhadap data yang didapati. Ini disebabkan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar akan dijawab oleh ibu bapa bukannya pelajar tersebut. Oleh itu, respons dari soal selidik itu mengelirukan. Ini akan menyebabkan kesahan data terjejas.

Kenyataan beliau ada betulnya. Tambahan pula, jika soal selidik yang dibina terlalu banyak sehingga pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:

  • Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari.
  • Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa.
  • Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti.
  • Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif.
  • Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik.

3- Temu ramah

Kaedah temu ramah merupakan kesinambungan bagi soal selidik bagi data yang lebih memerlukan jawapan yang cepat. Temu ramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan perakam video, perakam audio, mencatat secara tulisan, menggunakan ‘notebook’ dan orang yang ditemu ramah perlu tahu apakah matlamat guru melakukan temu ramah tersebut.

Selain itu guru juga perlu jelas dengan etika temu ramah dan sentiasa peka dengan perkataan yang dituturkan oleh responden. Ini adalah tujuan untuk menjaga kesahan data. Aktif mendengar menjadi perkara utama dalam teknik temu ramah ini dan guru mesti ada sifat empati.

4- Teknik Fotografi, Perakam audio, video dan media

Perkembangan teknologi dalam pendidikan menjadikan ia satu medium baru dalam menjalankan kajian. Apa yang penting di sini, guru perlu mendapat persetujuan daripada responden atau pihak lain yang terlibat sebelum mengambil data menggunakan audio-visual. Menurut penulis, persetujuan ini lebih baik jika melalui surat menunjukkan bukti kajian boleh dijalankan.


Teknik Analisis Data

Penganalisisan data dilakukan berdasarkan item-item yang dibina daripada soal selidik dalam bentuk jadual. Analisis data dalam kajian tindakan juga adalah berbentuk kuantitatif. Contohnya teknik statistik deskriptif boleh dilihat dalam kajian tindakan iaitu menfokuskan kepada fenomena kontemporari dan belum diselidiki atau kemungkinan sudah diselidiki tetapi ditumpukan kepada aspek lain (Ahmad Sunawari Long 2006: 24). Teknik deskriptif digunakan bertujuan untuk menghuraikan dapatan kajian daripada soal selidik yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan, peratusan (%) dan mod (skor yang kerap berlaku atau terbanyak).

Selain itu, membina gambarajah berbentuk grafik yang menunjukkan komunikasi yang dinamik tentang apa yang berlaku. Contohnya seperti gambarajah Analisis Sosiometrik di bawah (rujuk post seterusnya).


ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHICS)


Penyelidik perlu berpegang kepada etika atau prinsip kajian tindakan. Buku ini menggariskan beberapa etika dalam melaksanakan kajian tindakan. Antaranya ialah:

1- Membuat Dokumentasi

Dokumentasi di sini bermaksud penyelidik perlu menyediakan perkara-perkara yang perlu ada ketika proses kajian dilakukan termasuklah penyataan etika dan surat-surat kebenaran melakukan kajian. Jika penyelidik menulis tentang penerangan projek yang dilakukan, perlu memastikan nama responden atau organisasi yang terlibat disembunyikan. Etika ini bersamaan dengan kajian lain yang menjaga nama baik responden.

i. Penyataan Etika (An Ethics Statement)

Pernyataan personal yang disediakan oleh penyelidik itu sendiri tentang bagaimana memimpin atau melakukan kajian dan patut menyebut 'point' yang digariskan. Menurut buku ini, penyelidik perlu membuat salinan tentang 'statement' sebelum memulakan kajian. Salinan itu adalah untuk mereka yang terlibat contohnya kajian tindakan kolaboratif. 'Statement' ini perlu mempunyai tandatangan penyelidik dan mereka yang terlibat.

ii. Surat-surat Kebenaran

Selain itu, penyelidik juga perlu menulis surat kepada semua yang terlibat dalam penyelidikan. Surat itu mesti diserahkan kepada responden dan menyatakan bahawa mereka akan terlibat dalam kajian tindakan. Penyelidik perlu memastikan juga responden bersetuju untuk terlibat dengan kajian tindakan yang akan dilakukan. Etika ini juga selaras dengan etika kajian lapangan yang biasa dilakukan oleh penyelidik.

2- Berunding Dengan Orang yang Berkenaan

i. Berunding dengan Pihak Atasan

Jika kajian yang dilakukan berada di bawah sesuatu jabatan atau syarikat, penyelidik perlu meminta kebenaran dari pengurus atau pengetua jika kajian dilakukan di sekolah. Ketika ini, penyelidik akan mengetahui tentang batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam proses penyelidikan. Persetujuan antara pihak atasan perlu ada senarai hitam putih (surat persetujuan) agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. Penyelidik juga harus jujur dengan kajian yang akan dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan. Jika kajian tindakan yang dilakukan akan mengubah situasi dalam pengurusan pihak atasan, penyelidik perlu memberitahu pengurus atau pengetua dan perlu mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu.


ii. Berunding dengan Peserta yang Terlibat

Penyelidik perlu juga meminta kebenaran peserta yang akan terlibat dalam kajian tindakan dan memaklumkan tentang kajian yang akan dilakukan. Penyelidik juga boleh menjemput mereka membuat kajian dan menjelaskan bahawa mereka terlibat secara kerjasama untuk tujuan penambahbaikan. Penyelidik perlu memastikan peserta yang terlibat berada dalam keadaan yang selesa supaya melancarkan proses kajian.

iii. Berunding dengan keluarga dan penjaga

Pastikan mendapat persetujuan daripada keluarga kanak-kanak yang terlibat dalam kajian.

3. Perjanjian yang Meyakinkan

  • Keyakinan dari aspek maklumat
  • Keyakinan dari aspek identiti
  • Keyakinan dari aspek pengumpulan data



KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (RELIABILITY DAN VALIDITY)

Jean McNiff dan rakan-rakannya menekankan tiga aspek penting dalam mewujudkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam kajian tindakan:

Mencari maklumat yang bermakna

Guru mencari maklumat yang mempunyai kaitan dengan kajian yang hendak dilakukan. Jika penyelidik bekerjasama dengan orang lain boleh meningkatkan kefahaman terhadap apa yang akan dilakukan. Ini kerana, maklumat yang didapati akan dibincangkan bersama. Keadaan ini disebut sebagai kolaboratif. Hasil daripada penelitian terhadap pandangan orang lain, penyelidik akan membina maknanya sendiri.

Selain itu, guru juga menjadikan pengetahuan tacit kepada eksplisit. Menurut penulis kebanyakan guru mempunyai pengetahuan tacit (yang sedia ada bukan secara bertulis). Contohnya seorang guru mendapati satu situasi yang tidak menyenangkan telah berlaku. Oleh itu, guru membuat keputusan untuk bertindak memperbaiki keadaan itu ke arah yang lebih baik. Kemudian, guru mula menggerakkan pengetahuan tacit kepada pengetahuan eksplisit. Guru juga melakukan penilaian formatif dan sumatif.

Peringkat Kesahan

1- Kesahan sendiri
2- Kesahan rakan sebaya
3- Kesahan berperingkat
4- Kesahan Klien
5- Kesahan Akademik


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Sebagai rumusan yang dapat disimpulkan di sini, kajian tindakan dalam pendidikan menjadikan guru sebagai pokok utama. Guru mejadikan pelajar sebagai sasaran untuk memberi perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik untuk mereka. Kajian ini mesti mengikut prosuder-prosuder yang telah ditetapkan untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan terutama ketika pengumpulan data. Hasil daripada kajian juga disebarkan kepada umum dan guru berusaha melakukan penambahbaikan serta perubahan ke arah yang lebih positif.

Tuesday, May 12, 2009

MINGGU 4: LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN BERBEZA DENGAN KAJIAN EKSPRIMENTAL

  • Kajian tindakan dilakukan oleh individu atau penyelidik itu sendiri, manakala kajian eksprimental dilakukan oleh oleh orang lain.
  • Kajian eksprimental jika dilakukan sendiri akan menimbulkan bias. Penyelidik perlu meminta orang lain yang melakukan penyelidikan dan kajian ini adalah lebih berbentuk kuantitatif.
  • Kedua-dua kajian ini menggunakan metodologi yang sama tetapi kajian eksperimental tidak mempunyai penambahbaikan.
  • Kajian tindakan sebenarnya tidak mempunyai hipotesis berbanding dengan kajian eksprimental.

Maklumat tambahan kajian eksperimental boleh melayari:

http://www.okstate.edu/ag/agedcm4h/academic/aged5980a/5980/newpage2.htm


KAJIAN KEPUSTAKAAN

  • Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.

MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN
  • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria sepeti cirri, sifat, kualiti dan unsure sesuatu objek atau peristiwa.
  • Kemahiran ini dgunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan mempunyai pilihan/ keputusan.
  • Langkah penggunaan:
  1. Perhatikan dan dan beri tumpuan kepada satau atau beberapa cirri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data).
  2. Kenalpasti ciri kajian tindakan.

MENGANALISIS

  • Mengolah maklumat dan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep dan peristiwa serta mencari makna tersirat.
  • Kemahiran digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungan kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
  • Menganalisis sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

  • Membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  • Kenalpasti ini digunakan untukmembuat keputusan bagi:
  • Memilih sesuatu
  • Menerima sesuatu idea

MEMBUAT KESIMPULAN

  • Membuat penyelesaian tentang hasil sesuatu kajian berdasarkankepada sesuatu hipotesis atau memperkukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • Kenalpasti untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong penyelesaian.

MENSINTESIS

  • Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Saturday, May 9, 2009

MINGGU 3: NOTA DR. IZHAM

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

  • Pendidikan ialah faktor utama membentuk manusia mengahadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan dalam pedidikan tidak dapat dielakkan
  • Perubahan yang berlaku kadangkala menunjukkan ketidakpastian.
  • Pendidikan ini perlu dinamik bukan static.
JENIS PERUBAHAN


-Mengikut Oliver (1995) ada empat jenis perubahan:

Pertama: Perubahan ke Arah Peningkatan

-Memberikan komponen tertentu:

  1. Berlakunya perubahan dalam sturuktur organisasi.
  2. Memperkenalkan teknologi baru.
  3. Mengadakan program pembangunan staf untuk peningkatan.

Kedua: Perubahan Strategik Organisasi

-Melibatkan keseluruhan organisasi:

  1. Mendefinisikan semula peranan organisasi.
  2. Perubahan semula misi.
  3. Perubahan sturuktur dan strategi organisasi
  4. Mendefinisi semula staf dari segi tugas dan peranan.


Ketiga: Perubahan Reaktif


-Berlaku akkibat tindak balas langsung dari pelanggan dan pihak berkepentingan.

  1. Kepekaan pelanggan dan stafholding terhadap isu-isu persekitaran dan etika.
  2. Perubahan dari segi prosuder dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.


Keempat: Perubahan akibat daripada Jangkaan

-Perubahan dilakukan kerana adanya kesedarandalam kalangan pengurusan yang perlu dialakukan perubahan untuk memastikan organisasi memperoleh kebaikan.:

  1. Persiapan terhadap pesaing baru yang akan muncul.
  2. Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.
  3. Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
  4. Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
  5. Perubahan dalam trend tenaga kerja.


PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

1-Evolusi

  • Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan
    yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh
    yang panjang
  • Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

2-Revolusi

  • Perubahan yang pantas.
  • Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI


-Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :


1.Tujuan Perubahan

  • Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan
    tertentu.
  • Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan
    penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau
    sistem

Perubahan adalah Kompleks

  1. Evolusi: Perubahan menghasilakn kesan yang sedikit dalam tempoh panjang.
  2. Revolusi: Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang menbinasakan.

Perubahan itu Multidimensi

  1. Tinjauan perubahan: Prubahan dirancang untuk mencapai tujuan tertentu, perubahan untuk mengadakan penambahbaikan dan melibatkan dua jenis pindaan (untuk kembali kepada keadaan asal dan untuk mempertingkatkan pencapaian).
  2. Unit perubahan: Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.
  3. Sifat perubahan: Menghasilkan unit yang lebih besar (organisasi) dan kecil (individu), mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.
  4. Magnitud perubahan: Merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan.
  5. Skop perubahan: Sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
  6. Jangkamasa Perubahan: Memberi kesan berkekalan (berjaya).

Terdapat 4 jenis model-model perubahan iaitu:

  1. Model Penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

Sunday, May 3, 2009

MINGGU 2: REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN













MINGGU 2: AKTIVITI 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru.

1) Refleksi ke atas masalah diri saya.

- Mudah merungut.
- Kurang stamina dan mudah penat.
- Sedikit takut dan gabra semasa abseiling kerana tidak percaya pada tali.
- Tidak menepati masa.
- Kadang-kala tidak sependapat dengan ahli kumpulan yang lain tetapi tidak berani bersuara dalam membuat keputusan.

2) Penambahbaikan

- Bersikap lebih bersabar dan tenang.
- Sya akui saya seorang yang kurang aktif dari aspek ko-kurikulum jadi, saya perlu berubah menjadi seorang yang lebih aktif supaya stamina jasmani dan mental saya lebih kuat.
- Memupuk sifat percaya dan yakin pada pensyarah dan tali tersebut.Menjadikan buku modul sebagai panduan sepanjang BIG supaya bersikap lebih peka pada masa.
- Berbincang dan mendengar arahan ketua kumpulan dalam membuat keputusan.

3) Merancang pelan tindakan

Matlamat

- Melahirkan guru yang ikhlas, proaktif dan versatil dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Objektif:

i) Memupuk jiwa yang ikhlas dan sabar mengahadapi ujian.
ii) Melahirkan guru yang proaktif, versatil dan holistik.
iii) Melahirkan sikap bekerjasama dalam kumpulan.

4) Pelan Tindakan:Langkah yang perlu diambil:

- Muhasabah dan memperbaiki kelemahan diri.
- Berubah ke arah yang lebih baik.
- Pergerakan lebih aktif, cepat dan kreatif.

Merancang bagaimana saya mengumpul data:

- Menjadikan orang lain sebagai contoh teladan. Misalnya: Orang lain boleh buat, saya pun boleh buat.
- Mencari maklumat tentang aktiviti yang akan dilakukan sama ada melalui akhbar, internet dan sebagainya. Contohnya: Saya takut untuk menuruni bukit dalam aktiviti abseiling. Oleh itu, sebelum saya melakukan aktiviti tersebut, saya mendalami tentang aktiviti tersebut. Seperti mengenali struktur talinya, melihat berapakah peratusan peserta yang terjatuh semasa aktiviti abseiling dan sebagainya. Ini akan menambahkan keyakinan saya untuk melakukan
aktiviti ini.

Memantau apa yang dirancang ditugaskan:

- Bertanya pada kawan-kawan.
- Menjadikan ICT sebagai penambah ilmu.
- Bertanya pada diri sendiri adalah ada keyakinan untuk menyertai apa-apa aktiviti.

Bagaimana saya menilai samada apa yang dirancang dan dilaksankan menepati matlamat.

- Apabila sudah pasti lahirnya keyakinan dalam diri untuk menghadapi segala ujian dan cabaran dengan sabar dan ikhlas.
- Kawan menjadi cermin kepada diri sendiri. Jadi saya akan berani menerima kritikan membina daripada kawan-kawan saya.
- Menilai diri sendiri tentang keaktifan dari aspek menepati masa ketika melaksankan tugasan dan berani bersuara untuk kepentingan kumpulan.

MINGGU 2: AKTIVITI 2

Soalan:

Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama

Jawapan:

Ahli kumpulan:
Robiah Mohamad P48601
Siti Hajjar Hasnaa Yahya P48622
Shamsurena Shamsudin P48625

Soalan:

Refleksi ke atas masalah atau penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.

Jawapan:

Bahagian: Adab
Tajuk: Batas-batas Pergaulan
Tingkatan 5

Masalah:

1) Masalah komunikasi (loghat bahasa).
2) Body language dan eye contact (gesture badan)
3) Antonasi suara – mendatar
4) Pembahagian masa
5) Pengawalan bilik darjah – bising
6) Kurang ilmu pengetahuan atau persediaan dalam pengajaran

Penambahbaikan:

1) Belajar meningkatkan gaya komunikasi verbal dan non-verbal dengan menghadiri seminar dan majlis rasmi yang lain.
2) Fokus dan bergerak aktif dari aspek gesture badan. Hilangkan perasaan segan dan malu.
3) Pengawalan suara dengan berlatih dan melihat ceramah yang boleh dijadikan panduan.
4) Bijak membahagikan masa dengan objektif pengajaran.
5) Tidak bias pada mana-mana pelajar dengan bersikap adil serta mempelbagaikan teknik-dan strategi pengajaran.
6) Guru perlu mengulangkaji dan membaca untuk membina makna dan ilmu.

Strategi atau Kaedah:

1) Kaedah pengajaran masteri iaitu guru berusaha menyampaikan ilmu yang boleh difahami pelajar sebelum beralih kepada topik yang lain.
2) Kaedah pengajaran konstruktivisme dengan membina makna dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
3) Kaedah berpusatkan pelajar dengan mempelbagaikan aktiviti berkumpulan dan permainan.

MINGGU 1: JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

i. Kajian Tindakan Individu

Melibatkan seorang guru sahaja
Contoh: Melakukan penambahbaikan dalam masalah pelajar yang tidak memberi perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Kajian Tindakan Kolaboratif

Melibatkan lebih dari seorang guru
Contoh: Beberapa orang guru melakukan penambahbaikan bagi masalah pelajar yang tidak suka membaca buku.

iii. Kajian Tindakan Sekolah

Melibatkan seluruh warga sekolah
Contoh: Seluruh warga sekolah melakukan kajian tindakan bagi penambahbaikan tentang penjagaan kebersihan kawasan sekolah di kalangan pelajar.

iv. Kajian Tindakan Daerah

Melibatkan satu daerah atau kawasan
Contoh: Masalah prestasi pasukan bola sepak yang tidak memuaskan.

MINGGU 1: CONTOH KAJIAN TINJAUAN DI SEKOLAH:

1. Masalah

Pelajar tidak memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengenalpasti punca masalah

Guru mengenalpasti kenapa timbulnya masalah tersebut samada secara individu atau secara berorganisasi (melibatkan sekolah) berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

3. Tindakan

Selalunya masalah tumpuan pelajar di dalam bilik darjah adalah disebabkan teknik-teknik pengajaran yang dianggap bosan oleh pelajar. Oleh itu guru mempelbagaikan teknik ketika proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar dan topik. Contohnya teknik aktiviti berkumpulan, teknik penyoalan semula, teknik permainan dan sebagainya.

MINGGU 1: KONSEP KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN bermaksud proses mengumpul data dan memproses data tersebut menjadi satu maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

KAJIAN PENYELIDIKAN bermaksud satu proses atau langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.

KAJIAN TINDAKAN dalam pendidikan khasnya adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelesaian masalah ini adalah diharapkan bagi tujuan penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru serta meningkatkan pencapaian murid.

i. Kemukakan soalan
ii. Kumpulkan data untuk menjawab soalan
iii. Kemukakan jawapan kepada soalanPROSES

KAJIAN SECARA UMUM

i. Kenalpasti masalah
ii. Kajian kepustakaan
iii. Menentukan pendekatan kajian
iv. Mengumpul dan menganalisis data
v. Membincangkan dapatan kajian
vi. Melaporkan kajian

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

1. Penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru
3. Meningkatkan pencapaian murid.

MINGGU 1: DATA, MAKLUMAT, PENGETAHUAN DAN HIKMAH

a) Data

Data ialah rangkaian simbol atau sesuatu bahasa, yang mana ianya sendiri tidak ada makna. Data ialah fakta ringkas dan banyak bentuk, bahan mentah yang belum diproses dan ianya termasuk dalam proses mengumpul fakta-fakta.

b) Maklumat

Maklumat adalah data yang diproses (contoh, menambah atau menolak sesuatu) ke dalam bentuk yang bermakna. Walaupun ia dapat ditukarkan dan boleh sampai dalam pelbagai cara, maknanya akan terikat dan bergantung atas pengetahuan pengguna. Maklumat adalah data yang dipersembahkan dalam gaya yang telah diorganisasikan. Maklumat juga berdasarkan koleksi data yang dipersembahkan oleh mana-mana proses komunikasi.

c) Ilmu pengetahuan

Ilmu atau pengetahuan ialah memahami maklumat yang diproses yang berguna dan mempunyai nilai kepada pengguna. Terdapat dua jenis pengetahuan iaitu tacit (difahami tanpa penerangan) dan explicit ( disebut dengan jelas atau nyata). Pengguna mesti mempunyai kefahaman yang jelas berkaitan maklumat yang dihadam.

d) Hikmah

Hikmah ialah kebolehan seseorang untuk membuat yang terbaik dan lebih sesuai digunakan dalam membuat keputusan dan sebenarnya untuk mencapai matlamat. Ia melibatkan penilaian yang bijak antara betul dan salah, baik dan buruk, dengan mengambil kira faktor yang tepat dan perhubungan antara mereka dan mesti selari dengan undang-undang alam iaitu Shari’ah dan nilai-nilai Islam. Tanpa hikmah, 3 tahap terendah dalam hirarki ilmu pengetahuan manusia akan goyang dan menuju kepada kesilapan atau akan merosakkan masyarakat. Dengan kata lain hikmah dibina daripada data, maklumat dan ilmu pengetahuan dan ia dicapai dengan izin Allah s.w.t.

PERANCANGAN KANDUNGAN KURSUS MENGIKUT MINGGU

MINGGU 1
(20 April 2009)
Pengenalan Kursus.
Pengenalan Kajian Tindakan

MINGGU 2
(27 April 2009)
Reka Bentuk Kajian Tindakan

MINGGU 3
(4 Mei 2009)
Teori Perubahan

MINGGU 4
(11 Mei 2009)
Kajian Kepustakaan / Tinjauan Literatur

MINGGU 5
(18-21 Mei 2009)
Seminar Pendidikan Serantau

MINGGU 6
(25 Mei 2009)
Proposal kajian Tindakan

MINGGU 7

(1 Jun 2009)
Pembentukan
1. Penyataan Masalah;

2.Tujuan/objektif/Persoalan Kajian

MINGGU 8
(8 Jun 2009)
Prosedur Kajian Tindakan

MINGGU 9
(15 Jun 2009)
Pengumpulan Data

MINGGU 10
(22 Jun 2009)
Analisis Data

MINGGU 11
(29 Jun 2009)
Pembentangan Mini Kajian Tindakan

MINGGU 12
(6 Julai 2009)
Pembentangan Mini Kajian Tindakan

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan.

2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

3. Mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi.

4. Menilai dan membuat keputusan secara saintifik berdasarkan maklumat dan secara bertanggungjawab dari segi sosial dan etika.

5. Menyebarkan ilmu kepada ahli bidang dan masyarakat umum secara rasional dan bermakna.

6. Mengamalkan kemahiran belajar untuk pembelajaran sepanjang hayat.

7. Memimpin dan bekerja dalam satu pasukan.

BACAAN ASAS:

Altrichter, H. 2008. Teachers investigate their work : an introduction to action research across the professions. London : Routledge (PTSL LB1028.24 .T4336 2008)

Koshy, V. 2005. Action research for improving practice : a practical guide. London : Paul Chapman Pub (PTSL LB1028.24 .K676)

Norton, L. S. 2009. Action research in teaching and learning : a practical guide to conducting pedagogical research in universities. London : Routledge. (PTSL LB1028.24 .N677)

Somekh, B. 2006. Action research : a methodology for change and development. Berkshire, England : Open University Press. (PTSL H62.S72485)

Stringer, E. T. 2004. Action research in education. Upper Saddle River, N. J. : Pearson/Merrill/Prentice Hall. (PTSL pasca LB1028.24)

PENGENALAN KURSUS

FAKULTI PENDIDIKAN

STRUKTUR KURSUS

SEMESTER III SESI 2008/2009

PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

KURSUS: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KOD KURSUS: GGGB5023

PENYELARAS: DR HJH SITI FATIMAH MOHD YASSIN 1

KOD KURSUS : GGGB5023

NAMA KURSUS : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

MATLAMAT DAN RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan; analisis dan interpretasi data; kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyediaan kertas cadangan dan pelaksanaan kajian tindakan.

PRA SYARAT KURSUS: TIADA