MINGGU 6: CIK HAJJAH HALIMAH (PEMBENTANGAN PROPOSAL)

1. Latiffi dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan komik/kartun dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek sejarah.

2. Hafiz Hassan dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan permainan mencari harta karun dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek kesusteraan BM. Menggunakan 4 check point iaitu:

1. Terjemahan puisi

2. Penciptaan puisi

3. Pelaksanaan puisi

4. Persembahan puisi· Penilaian berdasarkan jenis rubrik

3. Ella Syafinaz dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan penggunaan kata kunci dalam subjek biologi untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar melalui kaedah penciptaan lagu.

4. Junaidon dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menyangga bola tampar.

5. Faizal dan kawan-kawan

Meningkatkan penguasaan sebutan dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 2.

TUGASAN 2: ARTIKEL (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN)

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU


NAMA: Jean McNiff, Pamela Lomax and Jack Whitehead
TAHUN: 1996
TAJUK: You and Your Action Research Project Second Edition
NEGERI: London
PENERBIT: RoutledgerFalmer


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menjelaskan bahawa kajian tindakan ialah satu cara apabila seseorang penyelidik ingin mencari sesuatu yang pada asalnya kita tidak tahu apakah ia (masalah). Apa yang penting penyelidik perlu tahu aturan atau strategi yang perlu ada untuk melakukan kajian tindakan. Kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik akan memberi kesan kepada dirinya. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya.

Sebelum kajian tindakan dilakukan, penyelidik akan mendalami isu yang akan diselidiki dan menentukan apa dan kenapa matlamat itu perlu dicapai. Kebiasaannya kajian tindakan ini akan menimbulkan satu isu yang berbentuk persoalan dan penyelidik akan mencari jawapan terhadap persoalan tersebut.
Contohnya 'Bagaimana saya boleh meningkatkan prestasi kerja saya?'. Ini bermaksud, penyelidik menjadi peneraju utama dalam kajian tindakan serta memfokuskan kepada peningkatan diri sendiri.

Reka bentuk kajian tindakan merangkumi keseluruhan proses. Ia merupakan perancangan bagaimana kajian akan dilakukan dan berdasarkan kepada langkah-langkah tindakan. Pengumpulan data adalah termasuk di dalam reka bentuk kajian tindakan. Di mana semua kajian akan melibatkan pemerhatian dan penyimpanan rekod terhadap isu yang ingin diterokai. Data (bahan mentah) adalah proses pertama dalam proses kajian contohnya gambar-gambar dan kaset rakaman perbualan. Data ini perlu berkaitan untuk tujuan tercapainya matlamat dan objektif kajian.

Selain itu, kajian tindakan mengaitkan antara penemuan baru dengan penemuan lama supaya penambahbaikan boleh dilakukan. Hasil kajian yang diperoleh mesti dihebahkan kepada orang lain supaya boleh menjadi panduan kepada penyelidik lain pada masa akan datang. Penambahbaikan yang dilakukan setelah kajian selesai, kemungkinan tidak sesuai pada masa akan datang. Oleh itu, hasil kajian yang telah dilakukan boleh dirujuk penyelidik lain jika kajian tindakan yang sama tetapi berbeza dari aspek lain dilaksanakan.


MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?


Menurut Jean MCNiff dan rakan-rakan guru melakukan kajian tindakan adalah untuk menolong pelajar ke arah kebaikan. Ia perlu mengikut prinsip-prinsip berikut:

  • Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.
  • Mengetahui masalah dan kelemahan diri dan perlu berubah.
  • Cara kerja guru dapat mempengaruhi orang lain.
  • Tindakan yang dilakukan mendapat persetujuan pihak yang terlibat.
  • Tindakan yang dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Guru perlu melakukan kajian tindakan kerana boleh melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut. Terutama sekali jika kelemahan guru itu mempengaruhi pelajar. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa menggunakan teknik pengajaran yang sama menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberi perhatian. Tindakan yang perlu diambil oleh guru tersebut ialah mempelbagaikan teknik mengajar ketika berada di dalam kelas.

Secara tidak langsung kajian tindakan ini meningkatkan daya kerja seseorang guru dan meningkatkan pencapaian pelajar.

No comments:

Post a Comment