MINGGU 6: CIK HAJJAH HALIMAH (PEMBENTANGAN PROPOSAL)

1. Latiffi dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan komik/kartun dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek sejarah.

2. Hafiz Hassan dan kawan-kawan

Menggunakan pendekatan permainan mencari harta karun dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek kesusteraan BM. Menggunakan 4 check point iaitu:

1. Terjemahan puisi

2. Penciptaan puisi

3. Pelaksanaan puisi

4. Persembahan puisi· Penilaian berdasarkan jenis rubrik

3. Ella Syafinaz dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan penggunaan kata kunci dalam subjek biologi untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar melalui kaedah penciptaan lagu.

4. Junaidon dan kawan-kawan

Meningkatkan kemahiran menyangga bola tampar.

5. Faizal dan kawan-kawan

Meningkatkan penguasaan sebutan dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 2.

TUGASAN 2: ARTIKEL (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN)

Sunday, May 24, 2009

SAMBUNGAN TUGASAN 1: ULASAN BUKU

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

1– Penumpuan kepada kemajuan pendidikan

Pendidikan bukan sahaja bermaksud pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi juga melibatkan interaksi antara manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Matlamat utama dalam pendidikan ialah untuk pembangunan dari aspek, fizikal, mental dan pertumbuhan spiritual.

Matlamat kajian tindakan menurut Jean McNiff dan kawan-kawannya adalah lebih menumpukan kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan. Buktinya boleh dilihat para penyelidik suka menggunakan soalan ‘Bagaimana saya boleh mempertingkatkan apa yang saya lakukan?’ dan ‘Bagaimana saya boleh membantu awak untuk belajar?’.

Kajian tindakan adalah intervensi secara praktikal bagi mendorong individu melakukan penambahbaikan untuk diri sendiri dan orang lain.

2 – Persoalan yang menarik

Jean McNiff menyatakan penyelidik perlu menimbulkan persoalan yang menarik sebagai permulaannya; ‘Bagaimana saya boleh….’ Dan disambung dengan persoalan yang berkaitan dengan pendidikan.


3- Meletakkan ‘saya’ sebagai pusat kepada kajian

Kajian tindakan menggunakan perkataan ‘saya atau kami….’
Sebagaimana konsep kajian tindakan yang menyatakan bahawa diri sendiri merupakan penyelidik dan bukannya orang lain. Maksudnya dalam konteks pendidikan guru merupakan pusat kepada kajian yang dilakukan. Proses kajian dari awal hingga tamat ditentukan oleh guru itu sendiri. Guru mengawal semua elemen dalam melaksanakan kajian tindakan dengan berpegang kepada:
  • Saya adalah subjek dan objek kepada kajian.
  • Saya bertanggungjawab terhadap kajian yang saya lakukan.
  • Saya sendiri yang akan membuat penilaian terhadap kajian saya.
  • Saya penulis kepada kajian saya.
  • Saya mendorong orang lain untuk melibatkan diri dalam kajian tindakan.
  • Saya menghormati pendapat orang lain.
  • Saya bersifat rendah diri supaya kajian berjalan dengan lancar.
  • Saya membenarkan perdebatan.
  • Saya akan menerima jika saya melakukan kesilapan dan akan membetulkan ubah idea saya.
  • Saya menerima tanggungjawab untuk menyiasat bagaimana saya boleh meningkatkan kerja saya.
  • Kami menekankan sikap kerja secara kolaboratif dalam membudayakan penyelidikan.
  • Kami berkongsi ilmu dan menyebarkan idea kami.
  • Matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada perkembangan sosial dalam pendidikan.

4- Tindakan ialah memberitahu dan komited

kajian tindakan melibatkan tindakan memberitahu dan komited. Apa yang dimaksudkan di sini ‘tindakan’ dalam kajian tindakan sentiasa memberitahu atau menyebarkan maklumat. Oleh sebab itu, guru mesti bersedia dengan segala kritikan orang lain kerana tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan guru walaupun untuk penambahbaikan.

Guru juga mesti komited terhadap keputusan yang dilakukan. Tindakan itu perlu berdasarkan daripada kekuatan dan keyakinan personal. Guru tidak boleh bersikap mementingkan diri serta memanipulasikan orang lain. Tindakan yang dilaksanakan adalah ikhlas dan terbuka untuk kepentingan bersama.

5- Memantau kesahan data

Pengumpulan data yang sistematik sangat penting dalam pelbagai aspek ketika proses kajian. Pemantauan yang sistematik akan membantu guru melahirkan sifat eksplisit. Data yang dikumpul bukan diambil secara rawak tetapi ia berdasarkan pelan yang telah dibuat.


6- Penerangan yang boleh dipercayai

Keterangan fakta

Keterangan fakta selalunya adalah berdasarkan kepada transkrip hasil dari perbincangan, atau rumusan data dari soal selidik dan temu ramah. Rumusan statistik berbentuk kuantitatif (nombor) dan berdasarkan peristiwa seperti perkongsian idea ketika perbincangan, atau pendapat individu.

Pendekatan multimedia

Penggunaan video dan audio perakam adalah penting dalam proses pengumpulan fakta. Perkembangan teknologi dalam pendidikan telah membantu guru melancarkan lagi proses kajian tindakan. Selain itu, maklumat juga boleh didapati dari internet contohnya laman web
http://www.actionresearch.net.

7- Menjelaskan Tindakan

Guru mesti menjelaskan tindakan dengan memberi analisis yang telah dilakukan. Ia melibatkan guru:

Mengenal pasti maksud, perkaitan dengan gerak kerja lain dan membina model – jika kajian yang dilakukan mempunyai hipotesis, guru perlu menguji hipotesis tersebut dan menggunakan teori orang lain dan juga model sebagai panduan ketika melakukan kajian. Guru juga perlu melakukan kajian kepustakaan dan mencari perkaitannya dengan teori yang dibina.

Mengenal pasti masalah – Pastikan apa yang mahu dikaji tidak akan menimbulkan bias kepada mana-mana pihak.

Membina teori – Teori yang dibina tidak berbentuk statik tetapi sentiasa boleh digunakan pada masa akan datang.

8- Kesahan tuntutan kajian tindakan

Kesahan ini melibatkan pembinaan tuntutan, meneliti secara kritikal terhadap keterangan tuntutan dan penglibatan pelbagai pihak dalam proses kesahan.

9- Menyebarkan hasil kajian tindakan

Guru boleh menyebarkan hasil kajian dalam bentuk jurnal atau menyebarkan kertas dan sebagainya. Ini membolehkan orang awam berkongsi idea dan bersama-sama melakukan penambahbaikan terhadap persekitaran.


PENGUMPULAN DATA

Instrumen Kajian


Teknik Pengumpulan Data

1- Pemerhatian

Matlamat kajian tindakan ialah guru melihat atau memerhatikan diri sendiri sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean Caniff guru boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat pemerhatian ke atas guru.

2- Soal Selidik

Satu pernyataan yang menarik ditekankan oleh Jean Caniff berkenaan dengan teknik pengumpulan data melalui soal selidik. Menurut beliau, kadang-kala kaedah soal selidik ini boleh menimbulkan ketidakpercayaan terhadap data yang didapati. Ini disebabkan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar akan dijawab oleh ibu bapa bukannya pelajar tersebut. Oleh itu, respons dari soal selidik itu mengelirukan. Ini akan menyebabkan kesahan data terjejas.

Kenyataan beliau ada betulnya. Tambahan pula, jika soal selidik yang dibina terlalu banyak sehingga pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:

  • Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari.
  • Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa.
  • Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti.
  • Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif.
  • Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik.

3- Temu ramah

Kaedah temu ramah merupakan kesinambungan bagi soal selidik bagi data yang lebih memerlukan jawapan yang cepat. Temu ramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan perakam video, perakam audio, mencatat secara tulisan, menggunakan ‘notebook’ dan orang yang ditemu ramah perlu tahu apakah matlamat guru melakukan temu ramah tersebut.

Selain itu guru juga perlu jelas dengan etika temu ramah dan sentiasa peka dengan perkataan yang dituturkan oleh responden. Ini adalah tujuan untuk menjaga kesahan data. Aktif mendengar menjadi perkara utama dalam teknik temu ramah ini dan guru mesti ada sifat empati.

4- Teknik Fotografi, Perakam audio, video dan media

Perkembangan teknologi dalam pendidikan menjadikan ia satu medium baru dalam menjalankan kajian. Apa yang penting di sini, guru perlu mendapat persetujuan daripada responden atau pihak lain yang terlibat sebelum mengambil data menggunakan audio-visual. Menurut penulis, persetujuan ini lebih baik jika melalui surat menunjukkan bukti kajian boleh dijalankan.


Teknik Analisis Data

Penganalisisan data dilakukan berdasarkan item-item yang dibina daripada soal selidik dalam bentuk jadual. Analisis data dalam kajian tindakan juga adalah berbentuk kuantitatif. Contohnya teknik statistik deskriptif boleh dilihat dalam kajian tindakan iaitu menfokuskan kepada fenomena kontemporari dan belum diselidiki atau kemungkinan sudah diselidiki tetapi ditumpukan kepada aspek lain (Ahmad Sunawari Long 2006: 24). Teknik deskriptif digunakan bertujuan untuk menghuraikan dapatan kajian daripada soal selidik yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan huraiannya dalam bentuk kekerapan, peratusan (%) dan mod (skor yang kerap berlaku atau terbanyak).

Selain itu, membina gambarajah berbentuk grafik yang menunjukkan komunikasi yang dinamik tentang apa yang berlaku. Contohnya seperti gambarajah Analisis Sosiometrik di bawah (rujuk post seterusnya).


ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHICS)


Penyelidik perlu berpegang kepada etika atau prinsip kajian tindakan. Buku ini menggariskan beberapa etika dalam melaksanakan kajian tindakan. Antaranya ialah:

1- Membuat Dokumentasi

Dokumentasi di sini bermaksud penyelidik perlu menyediakan perkara-perkara yang perlu ada ketika proses kajian dilakukan termasuklah penyataan etika dan surat-surat kebenaran melakukan kajian. Jika penyelidik menulis tentang penerangan projek yang dilakukan, perlu memastikan nama responden atau organisasi yang terlibat disembunyikan. Etika ini bersamaan dengan kajian lain yang menjaga nama baik responden.

i. Penyataan Etika (An Ethics Statement)

Pernyataan personal yang disediakan oleh penyelidik itu sendiri tentang bagaimana memimpin atau melakukan kajian dan patut menyebut 'point' yang digariskan. Menurut buku ini, penyelidik perlu membuat salinan tentang 'statement' sebelum memulakan kajian. Salinan itu adalah untuk mereka yang terlibat contohnya kajian tindakan kolaboratif. 'Statement' ini perlu mempunyai tandatangan penyelidik dan mereka yang terlibat.

ii. Surat-surat Kebenaran

Selain itu, penyelidik juga perlu menulis surat kepada semua yang terlibat dalam penyelidikan. Surat itu mesti diserahkan kepada responden dan menyatakan bahawa mereka akan terlibat dalam kajian tindakan. Penyelidik perlu memastikan juga responden bersetuju untuk terlibat dengan kajian tindakan yang akan dilakukan. Etika ini juga selaras dengan etika kajian lapangan yang biasa dilakukan oleh penyelidik.

2- Berunding Dengan Orang yang Berkenaan

i. Berunding dengan Pihak Atasan

Jika kajian yang dilakukan berada di bawah sesuatu jabatan atau syarikat, penyelidik perlu meminta kebenaran dari pengurus atau pengetua jika kajian dilakukan di sekolah. Ketika ini, penyelidik akan mengetahui tentang batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam proses penyelidikan. Persetujuan antara pihak atasan perlu ada senarai hitam putih (surat persetujuan) agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. Penyelidik juga harus jujur dengan kajian yang akan dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan. Jika kajian tindakan yang dilakukan akan mengubah situasi dalam pengurusan pihak atasan, penyelidik perlu memberitahu pengurus atau pengetua dan perlu mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu.


ii. Berunding dengan Peserta yang Terlibat

Penyelidik perlu juga meminta kebenaran peserta yang akan terlibat dalam kajian tindakan dan memaklumkan tentang kajian yang akan dilakukan. Penyelidik juga boleh menjemput mereka membuat kajian dan menjelaskan bahawa mereka terlibat secara kerjasama untuk tujuan penambahbaikan. Penyelidik perlu memastikan peserta yang terlibat berada dalam keadaan yang selesa supaya melancarkan proses kajian.

iii. Berunding dengan keluarga dan penjaga

Pastikan mendapat persetujuan daripada keluarga kanak-kanak yang terlibat dalam kajian.

3. Perjanjian yang Meyakinkan

  • Keyakinan dari aspek maklumat
  • Keyakinan dari aspek identiti
  • Keyakinan dari aspek pengumpulan data



KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (RELIABILITY DAN VALIDITY)

Jean McNiff dan rakan-rakannya menekankan tiga aspek penting dalam mewujudkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam kajian tindakan:

Mencari maklumat yang bermakna

Guru mencari maklumat yang mempunyai kaitan dengan kajian yang hendak dilakukan. Jika penyelidik bekerjasama dengan orang lain boleh meningkatkan kefahaman terhadap apa yang akan dilakukan. Ini kerana, maklumat yang didapati akan dibincangkan bersama. Keadaan ini disebut sebagai kolaboratif. Hasil daripada penelitian terhadap pandangan orang lain, penyelidik akan membina maknanya sendiri.

Selain itu, guru juga menjadikan pengetahuan tacit kepada eksplisit. Menurut penulis kebanyakan guru mempunyai pengetahuan tacit (yang sedia ada bukan secara bertulis). Contohnya seorang guru mendapati satu situasi yang tidak menyenangkan telah berlaku. Oleh itu, guru membuat keputusan untuk bertindak memperbaiki keadaan itu ke arah yang lebih baik. Kemudian, guru mula menggerakkan pengetahuan tacit kepada pengetahuan eksplisit. Guru juga melakukan penilaian formatif dan sumatif.

Peringkat Kesahan

1- Kesahan sendiri
2- Kesahan rakan sebaya
3- Kesahan berperingkat
4- Kesahan Klien
5- Kesahan Akademik


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Sebagai rumusan yang dapat disimpulkan di sini, kajian tindakan dalam pendidikan menjadikan guru sebagai pokok utama. Guru mejadikan pelajar sebagai sasaran untuk memberi perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik untuk mereka. Kajian ini mesti mengikut prosuder-prosuder yang telah ditetapkan untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan terutama ketika pengumpulan data. Hasil daripada kajian juga disebarkan kepada umum dan guru berusaha melakukan penambahbaikan serta perubahan ke arah yang lebih positif.

1 comment:

  1. Casinos Near Fort Lauderdale, Florida - MapYRO
    Find 대구광역 출장안마 Casinos Near Fort Lauderdale, FL, Puerto 밀양 출장안마 Rico 밀양 출장마사지 in real-time and see activity. Realtime driving 양산 출장안마 directions to Casinos 서울특별 출장안마 Near Fort Lauderdale, FL,

    ReplyDelete